Thursday, November 21, 2013

BORONG CHINA YIWU/Shanghai

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah termasuk kali ni sudah 6 kali kami ke Yiwu, China. Dah jadi rutin wajib bagi kami memborong dari sana pula. LAWATAN WAJIB KAMI PULA ADALAH YIWU FAIR DAN CANTON FAIR...

Catatan untuk kali ini bertujuan membantu serba sedikit info atau ilmu yang saya tau agar dapat membantu sahabat - sahabat kami yang ingin mulakan perniagaan dengan memborong terus dari sana  :-

Tempat : Yiwu, China
Tarikh : 18hb October 2013

Sebelum pergi beberapa perkara harus kita ingat iaitu :-

:- Persedian Visa
:- Pakaian/DUIT

PERSEDIAN VISA

Kami biasa ambil Multi entry tapi kalau kawan2 rasa nak cuba kali pertama ambil single entry jer ...sebelum buat visa cuba catat perkara dibawah :-

1. Isi borang Visa Application
2. Photostat pasport muka depan (valid 6 bulan)
3. Gambar sekeping
4. Booking tiket (salinan)
5. Booking hotel.

Sebelum ni kami cuma bayar RM58 sekarang dah naik tau RM85

PERSEDIAN PAKAIAN DAN KEWANGAN

Dah ada visa cuba check cuaca kat sana jadi bawa jerlah pakaian yang sesuai ok tak..tapi bulan 1,2,3 sangat sejuk kat sana..duit pula tukar siap2 dari sini kalau bawa banyak keluarkan jer kat sana nanti dari bank yang ada PLUS..tapi pastikan dulu kita dah aktifkan account ,,,senang jer call bank bagi tau kita nak guna duit kat sana nanti aktifkan berapa lama nak guna.. selamat..

Dari Airport LCCT...saya ni budget kecik jadi naik Air Asia jelah...nak jimat..perjalanan lebih kurang 5 hingga ke 6 jam kalau cuaca baik..

 Dalam flight jangan lupa isi form ini yer..

Turun dari flight pergi arah Domestik

pastu turun tangga

beli tiket bus ker Binwang Station cakap yiwu pun dia tau RMB 62 keluar kat gate no.11 depan airport bus gi yiwu...perjalanan dengan bus lebih kurang 2 jam..kalu naik teksi RMB750
Kaunter tiket Bus di Airport
Bin Wang Couch Station, Yiwu
Dah sampai Bin Wang Station ambil teksi tunjuk booking hotel...paling mahal pun dalam 10RMB jer tambang teksi. Kat sini boleh kongsi teksi..tapi kalau kita tak suka boleh cakap dengan driver kalau tak pandai geleng2 kepala jer...

Note :# Tahan teksi naik ckp jer nak kemana jangan tanya harga sebab mereka guna meter

HOTEL

Hotel yang kami suggest ialah kat sini malam2 hapening...ada pasar malam besar...tapi nak ke futian dalam RMB8 ke RMB10 sahaja...Bangke Feng Hotel ni sediakan sarapan pagi ini hotel milik Owner Muslim..Makanan di sini halal


Hotel ni pulak..dekat dengan Futian...jalan kaki sampai


PUSAT BORONG DI YIWU/Yiwu International Trade City - District 1
Yiwu International Trade City - District 1

Kat sini ada 5 District ikut product boleh dapat semua info dari sana tentang product yang kita cari...
 ini gambar dengan sahabat saya yang baru nak berjinak2 order barang dari china...

ORDER BARANG

ini paling penting cara2 nak order barang...kalau salah maap yer tapi bertahun inilah cara saya guna...insyaalah sampai setakat ni....

Contoh:-

Kita tak pandai cakap China orang China tak paham cakap org putih guna cara saya ni bekesan:-

kita dah biasa di momok kan untuk order barang sehingga satu kontena x payah , kita tanya berapa minimum order untuk satu barang ...kalau takut sangat bak sini saya tolong buat order tapi pastikan gambarnya terang seperti ni
1. Ada gambar product
2. Minimum Order
3.Bussiness card
4.Ada harga
Dah sampai Malaysia pun boleh buat order...kalau risau meh sini saya tolong...

Bila dah penat lapar pulak tu kat sini ada makanan halal , kedai runcit, farmasi...kambing golek bakar kat sini 

YIWU FAIR

Selalu2lah datang kat sini banyak info kadang2 ada idea baru yang kita dapat..kata mak jauh jalan jauh pandangan...
Student

BUS Free nak ker Yiwu Fair di District 1

Yiwu Fair

Dalam Yiwu Fair
PASAR MALAM

Dah letih boleh kita cuci2 mata di pasarmalam Binwang Night Market berdekatan dengan Jalan San Teng Lu


Kat sini bila letak harga 100RMB terus minta kurang 50RMB...pelanconglah katakan...

Basikal Sewa
Dah nak balikkan....dari Yiwu ke HANGZHOU Airport 2 jam ..pergi ker Bin Wang Coach Bus Station Bus ker Airport setengah jam satu 


Tuesday, June 25, 2013

Bali, Holiday, Shopping dan Makanan Halal

Tarikh : 11hb June 2013
Tempat : Pantai Kuta Bali, Indonesia.

Alhamdulillah hari ni tahun kelahiran suami ku, dah lama tak bawa anak - anak berjalan kali ni kami sambut kat tempat jauh sikit dah janji ngan anak2 bulan 6 nak bawak jalan ada sikit masa lapang. Kami sampai di sana dalam pukul 6.45ptg. Tapi di sana dah gelap (dah malam). Sampai kat sana jangan lupa isi borang arrived foreigner (diedar dalam kapal terbang) dengan borang selidik berkumpulan yang warna biru tu ( di edar di Airport Bali). Insyaallah dalam bulan 9 nanti Airport kat sana dah canggih dan baru.

Target kali ni nak pergi jalan makan angin ..shopping tapi "low cost" cam biasa.




Kat sana kami duduk di Hotel Melati



Kat sini 1 katil besar + 1 katil kecil cuma Ruppiah 450K (RM143.00) kalau standard room (Rp300K) RM95.41 sebab kami pergi berlima ( 3 dewasa + 2 kanak2) jadi kami ambil bilik besar sikit. kalau lama boleh minta diskaun lagi tau...siap sarapan pagi sekali..untuk lima orang. (murah tak?) sarapan kat sini nasi dan mee...macam makan tengahari..

Sampai kat sini tak tau nak kemana!. Jangan takut kita upah jer driver ( SUPIR) dia akan rancang perjalanan kita, Dia tau nak kemana...hari pertama selatan, kedua ...utara, ketiga...tengah2...ke empat ...ikut suka boleh camtu...bayar sehari Rp300k --Rp350k, semua settle...atau nak sewa motor 50k jer sehari.






Hari pertama,

Sebab kami berkeluarga bawa anak kecil jadi sukan yang extrem tu tak boleh lah ...lagi2 bawak mak yang berumur 65tahun makan angin ..jadi kami cakap ngan supir tempat yang boleh..bawa budak2 sekali...mula mula kami pergi ke Pulau penyu... kat sini boleh Skuba driving, bagi ikan makan, macam kat "national geography" tu harga dia letak memang kau...kau punya tapi jangan salah paham boleh minta kurang sampai separuh...kalau tak boleh buat2lah merajuk sikit...cewah...confirm jadi punya...kat sini merasa pegang penyu, ular, drakula, dan macam2 haiwan lagi...naik bot tau...

Kalau bagi ikan makan bagi roti sikit tau...jangan lupa 5k seorang derma untuk Marin laut dalam RM1.5 seorang jer.









Habis kat sini kami pergi mandi manda kat pantai Medewi Beach ombaknya setinggi 2.5 meter tau...kat sini kalau tak nak mandi ada tukang urut ...cuma 50k jer dalam RM15 satu jam, tau best giler mak sukalah kalau camtu duduk kat kerusi bawah payung...sambil kena urut...sampai tidor2 mak....seronok tengok..kat sini satu kereta kena bayar 15K lebih kurang RM 4.5 jer...dah puas mandi jangan terus balik pkl 5.30 petang dah ada sunset tau...cantik betul...




kami balik jer dah mandi2 badan dah penat, rehat2 jer sambil update status ( ada wifi free hotel)..anak2 tak letih sambung mandi kolam renang lagi, sampai perut lapar..


Hari kedua,




Saturday, September 22, 2012

Vietnam Borong, Shopping & Makanan Halal



 Tarikh :17hb September 2012, Tempat : Saigon , Vietnam




Bus Station Bent Thanh



Perbangan : Air Asia
Bertolak pukul 12.00 tgh hari pukul 1.00ptg sampai sebenarnya perjalanan 2 jam tapi sampai sana waktu vietnam awal sejam maka di Malaysia sepatutnya pukul 2.00ptg. Alhamdulillah selamat sampai walaupun masa tu cuaca agak tak bagus.jumpa kawan baru dari Vietnam dalam kapal terbang dia orang vietnam tapi baru balik dari TOKYO Singgah Malaysia banyak info kami dapat kat mana bagus kat mana tak bagus nak beli barang.

Sampai Disana perkara pertama yang paling sedih yang boleh dikongsi bersama ialah teksi.Teksi yang boleh di percayai hanya teksi VANASUN. Teksi ini sahaja ikut meter. Sekiranya kita ambil teksi Vanasun dari Airport cuma 160ribu dong lebih kurang RM20 atau paling mahal 10USD sahaja. Kalau tak jumpa ambilk teksi di Penerbangan Domestik sebelah kanan jalan kaki sikit. Kalau nak murah lagi ambil jer Bus No. 152 sebelah kanan ada bus disana terus sampai di Bus Station Ben Thanh tempat Shopping tu...2 orang 8000 dong sama ngan RM1.25 kita lagi jimatkan tapi kali pertama sampai kami dah kena bayar 500ribu dong sama ngan RM75.00 mengunakan teksi Airport takperlah kalau tak kena kita tak ingat jadi kawan2 yang nak kesana ambil bus lagi bagus.

HOTEL MURAH

Check in hotel HAI HA Hotel
Alamat 78.Bui Vien Street.
Dist 1. HCMC Vietnam
Tel:+84.838367256

Cuma 10USD lebih kurang RM30 semalam. kat belakang building ni pun banyak hotel lagi, lebih kurang 10-13usd semalam. Murahkan leh pergi 2 minggu kalau cam ni hehehehe....

1. BEN THANH MARKET




Ben Thanh Market

Macam2 ada tapi bagi golongan yang datang bershopping oklah kat sini tapi bagi orang meniaga rasanya tak sesuai kut.....

Harga kat sini dah "Fixed Price" lebih mahal sebab sini kawasan perlancongan..... agaknyalah bagi yang boleh deal kira nasiblah tu....



 
Ben Tay Market







Dah terkena sekali kami dah hati2 . Jadi kami kesana dengan BUS NO.1 warna biru . 8000dong 2 orang (RM1.25) ambil di Ben Thanh Station.  Kalau golongan meniaga tak kesini kira rugilah... kat sini banyak kain ela , kasut , selipar dan baju ... Awek2 kat sini kurang rasa malu sikit... kalau suami kita dia raba semacam jer... kalau dah camtu cik abang tunggu jer kat luar biar saya sorang jer shopping kat dalam... bagi saya kat sini murah.

TIP MEMBORONG


Selain dari itu ada Juga tempat borong seperti :-

1. TAKA PLAZA
2. SAIGON CENTRE 1
3. SAIGON CENTRE 2
4. AN DONG PLAZA
5. VAN BANH STREET
6. PASAR MALAM

Bagi penghantaran barang ke Malaysia sekiranya barang kurang dari 100 kilo anda di nasihatkan bawa balik naik kapal terbang jer lebih jimat...


MAKANAN HALAL

Bab Makan jangan takut kat sini banyak makan halal bezanya murah atau mahal. sebab 5 hari disini kami dah jumpa tempat paling murah dan bersih.


1. SAIGON PARKSON

PARKSON Food Court Saigon
2. Kedai Makan halal Al-Azim

Restoran Al Azim

Kedai Makan Halal Al - Azim


Kedai2 yang lain pun ada tapi disini paling murah. Kalau di Al -Azim ada masakan Malaysia macam sup ekor, nasi goreng kampung, nasi goreng cina tukang masaknya Ali orang melayu dari Kedah. Tokey kedai ni Imam Masjid India Saigon kami dah jumpa nama dia Al Azim isterinya Kak Ramlah dekat jer lebih kurang 10 minit dari Ben Thanh kalau jalan kaki , kedai ni baru buka bulan September 2012 jadi ramai yang tak tahu. Kat sini juga banyak hotel murah2 dan cantik . Kalau Parkson lebih kurang 15 minit jalan kaki dari Bent Thanh. Di Vietnam nak makan hati2 banyak restoran nama Halal tukang masak bukan muslim sebab banyak orang kita melancong kat sana mereka ambil kesempatan. Kalau di China lebih telus yang bukan muslim tak akan pakai songkok di vietnam ramai yang menyamar bila malam baru tahu siapa mereka.


PENIPUAN DI VIETNAM

Penipuan di Vietnam yang harus kita hati2
1. Teksi
2. Beca
3. Air Minuman tepi jalan.
4. Restoran Halal Yang tak pasti Halalnya.
5. Barangan Kulit bercampur kulit B##i (AWAS)

Dah puas bershopping ni masa untuk melancong...

Banyak kawasan menarik macam Mekong Delta . Cu Chi Tunner Muzium Perang  tapi kami lebih berminat untuk ker tempat sejarah perang dan merasa menembak sendiri menggunakan senapang sebenar, peluru pun betul tau...

Kalau ikut travel Agency seorang 180ribu dong kalau 2 orang 360ribu dong tiket masuk 2 orang 180ribu dong kalau nak seronok naik bus cam kami dari station bus Ben Thanh ambil bus NO.13 sampai Cu Chi station. Sampai sana Bus NO .79 Turun kat Cu Chi Tunner .Jalan kaki sikit masuk alaa.. tak jauh... kalau lutut masih ok jom kita boleh tengok keadaan sebenar di sana.






Tapi ingat balik sebelum pukul 4 bus dari Cu Chi tunner last pukul 4 tapi di Cu Chi station banyak Bus.




Waktu malam disini memang happening untuk orang muda nak lepak2 memang seronok tak caya tengok ni :-






 tapi untuk cuci mata jer tau kita orang islam tak SESUAI....