Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah termasuk kali ni sudah 6 kali kami ke Yiwu, China. Dah jadi rutin wajib bagi kami memborong dari sana pula. LAWATAN WAJIB KAMI PULA ADALAH YIWU FAIR DAN CANTON FAIR...
Catatan untuk kali ini bertujuan membantu serba sedikit info atau ilmu yang saya tau agar dapat membantu sahabat - sahabat kami yang ingin mulakan perniagaan dengan memborong terus dari sana :-
Tempat : Yiwu, China
Tarikh : 18hb October 2013
Sebelum pergi beberapa perkara harus kita ingat iaitu :-
:- Persedian Visa
:- Pakaian/DUIT
PERSEDIAN VISA
Kami biasa ambil Multi entry tapi kalau kawan2 rasa nak cuba kali pertama ambil single entry jer ...sebelum buat visa cuba catat perkara dibawah :-
1. Isi borang Visa Application
2. Photostat pasport muka depan (valid 6 bulan)
3. Gambar sekeping
4. Booking tiket (salinan)
5. Booking hotel.
Sebelum ni kami cuma bayar RM58 sekarang dah naik tau RM85
PERSEDIAN PAKAIAN DAN KEWANGAN
Dah ada visa cuba check cuaca kat sana jadi bawa jerlah pakaian yang sesuai ok tak..tapi bulan 1,2,3 sangat sejuk kat sana..duit pula tukar siap2 dari sini kalau bawa banyak keluarkan jer kat sana nanti dari bank yang ada PLUS..tapi pastikan dulu kita dah aktifkan account ,,,senang jer call bank bagi tau kita nak guna duit kat sana nanti aktifkan berapa lama nak guna.. selamat..
Dari Airport LCCT...saya ni budget kecik jadi naik Air Asia jelah...nak jimat..perjalanan lebih kurang 5 hingga ke 6 jam kalau cuaca baik..
Turun dari flight pergi arah Domestik
beli tiket bus ker Binwang Station cakap yiwu pun dia tau RMB 62 keluar kat gate no.11 depan airport bus gi yiwu...perjalanan dengan bus lebih kurang 2 jam..kalu naik teksi RMB750
Kaunter tiket Bus di Airport |
Bin Wang Couch Station, Yiwu |
Dah sampai Bin Wang Station ambil teksi tunjuk booking hotel...paling mahal pun dalam 10RMB jer tambang teksi. Kat sini boleh kongsi teksi..tapi kalau kita tak suka boleh cakap dengan driver kalau tak pandai geleng2 kepala jer...
Note :# Tahan teksi naik ckp jer nak kemana jangan tanya harga sebab mereka guna meter
HOTEL
Hotel yang kami suggest ialah kat sini malam2 hapening...ada pasar malam besar...tapi nak ke futian dalam RMB8 ke RMB10 sahaja...Bangke Feng Hotel ni sediakan sarapan pagi ini hotel milik Owner Muslim..Makanan di sini halal
![]() |
Hotel ni pulak..dekat dengan Futian...jalan kaki sampai
PUSAT BORONG DI YIWU/Yiwu International Trade City - District 1

Kat sini ada 5 District ikut product boleh dapat semua info dari sana tentang product yang kita cari...
ORDER BARANG
ini paling penting cara2 nak order barang...kalau salah maap yer tapi bertahun inilah cara saya guna...insyaalah sampai setakat ni....
Contoh:-
Kita tak pandai cakap China orang China tak paham cakap org putih guna cara saya ni bekesan:-
1. Ada gambar product
2. Minimum Order
3.Bussiness card
4.Ada harga
Dah sampai Malaysia pun boleh buat order...kalau risau meh sini saya tolong...
Bila dah penat lapar pulak tu kat sini ada makanan halal , kedai runcit, farmasi...kambing golek bakar kat sini
YIWU FAIR
Selalu2lah datang kat sini banyak info kadang2 ada idea baru yang kita dapat..kata mak jauh jalan jauh pandangan...
Student |
BUS Free nak ker Yiwu Fair di District 1 |
Yiwu Fair |
![]() |
Dalam Yiwu Fair |
PASAR MALAM
Dah letih boleh kita cuci2 mata di pasarmalam Binwang Night Market berdekatan dengan Jalan San Teng Lu
Kat sini bila letak harga 100RMB terus minta kurang 50RMB...pelanconglah katakan...
Basikal Sewa |
Dah nak balikkan....dari Yiwu ke HANGZHOU Airport 2 jam ..pergi ker Bin Wang Coach Bus Station Bus ker Airport setengah jam satu